Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Selasa, 23 November 2010

Senjata Yang Amat Merbahaya Di Malaysia?

Salam 1 Malaysia,

Negara Malaysia dikenali dikaca mata Dunia adalah Negara yang aman makmur dan berbilang kaum yang sungguh unik jika dipandang dengan mata kasar.

Saya bangga jadi Rakyat Malaysia, cuma yang saya paling takutkan senjata canggih ( JUBUR ) yang boleh membunuh kerier Politik seseorang dengan serta-merta yang boleh digelar "senjata maut".

Politik, di Malaysia masih lagi tidak boleh dibanggakan, kerana masih dipenuhi dengan rasuah yang masih berleluasa tanpa segan silu walau pun nampak dengan jelas, apabila diadakan PRK.

Parlimen, pulak masih lagi hampir-hampir sama di Negara Taiwan, YB Parti pemerintah dan YB pembangkang seperti "anjing dengan kucing", sedangkan mereka YB hanyalah diamanahkan oleh Rakyat untuk menyampaikan amanat Rakyat, bukan disuruh bercakaran jika berbahas, kata-kata kesat masih lagi tak dapat dikawal, sepatutnya sebagai YB Yang Berhormat, gunakanlah sopan santun jika berbahasa di dalam Dewan Parlimen.

Kehakiman, masih belum boleh dibanggakan sepenuhnya, kerana masih ada lagi "kuasa-kuasa ghaib" dari berbagai sudut sebagai nahkoda untuk menentukan ke mana arah kapal untuk dihalakan, yang tidak boleh Rakyat lupakan sehingga sekarang kes Menteri Besar Perak sekarang yang diputuskan oleh 5 orang hakim.

SPR, masih juga seperti kini dulu dan selamanya, tak pandai berubah seperti "Kuda tunggangan" yang tidak punya hala tujunya sendiri, masih lagi dipandu oleh kuasa kuasa ghaib tadi yang tak ada hujung pangkalnya.

SPRM, masih serupa, walau pun diubah nama, diganti Ketua Pengarah, masih tidak boleh dibanggakan, kerana masih lagi "berpayung dibawa satu kementerian yang sama".

PDRM, ada sikit perubahan, tapi masih boleh dibanggakan, kerana mempunyi Ketua Polis negara yang baru, semuga dia tak mendengar ksemua "suara-suara ghaib" yang sangat nyaring diberbagai sudut, semuga perhidmatan anda kesemua PDRM yang bertugas akan dinaikkan gaji lagi, Amin.

Rakyat Malaysia berharap semuga satu hari nanti, kesemua yang tersenarai diatas mengunakan kuasa kuasa mereka sendiri, tanpa mendengar "suara-suara ghaib" agar Negara Malaysia dapat pujian dari Negara Luar saentero Dunia ,dengan amalan Kedemokrasian-nya.

Wallahualam.

Tiada ulasan: