Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 19 November 2010

"Kes Kambing Hitam" yang terjadi keatas anak saya?

Salam 1 Malaysia Dan Selamat Berhari Raya Untuk Semua Umat Islam Di Dunia

Sebelum saya menceritakan kisah benar yang menimpa Anak saya Fadly Djapri, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Tuan Hakim Mahkamah Lahad Datu Tuan Amir Shah Amir Hassan,  kerana membuat pengahakiman dengan penuh teliti selama 4 hari penghakiman dan terus membebaskan Anak saya Fadly Djapri, saya berharap kepada Peguam Negara Malaysia "menaikkan pangkatnya" yang lebih tinggi dari sekarang ini, dan saya juga nak mengucapkan jutaan terimakasih saya kepada cawangan jenayah narkotik Balai Polis Kunak dan semua yang terlibat dalam kes Fadli Djapri, kerana memberi keterangan yang tidak berbelah bagi dan penuh tanggungjawab sebagai Anggota Polis tanpa memihak kepada mana-mana orang. 
Saya bukan memuji Tuan Hakim kerana membebaskan anak saya, tetapi keputusannya bertepatan yang anak saya dijadikan "kambing hitam" oleh  orang yang tidak takut erti dosa.


Dan saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Angota Polis yang terlibat diPenjara Tawau keran memberi layanan dengan baik diwaktu Anak saya didalam tahanan mereka selama 2 tahun 18 hari.


Pada masa pembicaraan, Anak saya tidak dapat hikdmat Peguam, kerana diwaktu pembicaraan Peguam yang telah dilantik oleh Ketua Umum PKR DSAI iaitu Tuan Hj Ansari Abdullah, mempunyi tugas sebagai Calon PKR diP-185 Batu Sapi Sandakan, maka itu didalam pembicaraan tersebut saya hanya berdoa kepada Tuhan yang mencipta Manusia dimuka Bumi ini agar jika Anak saya benar benar bersalah dalam kes ini, jatuhilah hukuman keatas nya, dan jika Anak saya tak bersalah dalam kes ini, maka bebaskanlah dia Fadly Djapri.

Kisah anak saya dijadikan Kambing Hitam bermula pada 09-10-2008 bertempat di Jalan Kunak-Lahad Datu berhampiran Sabahan Koperasi lebih kurang pada jam 9.30 malam di sebuah ladang kelapa sawit Baturong, yang diketuai sepasukan Polis unit jenayah narkotik dari beribupejabat Narkotik Kota Kinabalu berpangkat Inspektor' Tuan Insp. Sxxxx, bersama dengan pegawai narkotik cawangan Kunak ketika itu berpangkat SM (Sarjan Mejar) Ixxxxxx dan 5 anggota polis yang lain.


Yang menjadi tanda tanya kepada saya sehinggah sekarang, mengapakah masa kejadian, SM xxxx
dari cawangan nakotik Balai Polis Kunak tidak memalumkan Ketua nya di Bahagian antinakotik balai Polis Kunak sewaktu mereka menyerbu Kambing Hitam tersebut, saya juga bertanyakan kepada diri saya, munkin juga, PDRM ada melantik cawangan khas melantik cawangan khas untuk menangkap Kambing Hitam diseluruh Malaysia.

Anak saya didakwa atas tuduhan mengedar Daun Ganja dibawah Seksyen (39 B ) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dijatuhkan hukuman Gantung sampai Mati, dan kereta Kancil saya turut ditahan pada waktu yang sama dengan  tahanan anak saya bermula 09-10-2008 sehinggalah kelmarin baru dibebaskan pada 18-11-2010 jam 3.30 petang di Mahkamah Lahad Datu oleh Yang Arif Tuan Amir Shah Amir Hassan.

Selain anak saya, ada 3 orang lagi yang telah dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun akibat dijadikan "Kambing Hitam" oleh seorang yang bernama Basat Ali yang beralamat di depan Pasar Minggu Kunak yang telah dirancang oleh seorang anggota Polis (ketika itu) yang mungkin mencari pangkat dengan menjadikan mangsanya "Kambing Hitam", yang saya ketahui Anggota Polis tersebut ingin menjadi 'Pesuruh Jaya Polis Sabah'.

Sebelum ramai lagi akan menjadi Kambing Hitam oleh anggota Polis tersebut, saya cadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang baru agar, setiap kes Dadah diseluruh Malaysia, sebelum dibuat tuduhan kepada mangsa atau tertuduh, haruslah menyiasat dahulu dengan teliti punca-punca siapa yang bersalah dalam kes Dadah tersebut agar tidak terjadi kes seperti anak saya Fadli Djapri 2 tahun meringkuk dalam penjara termasuk penahanan kereta Kancil saya, dengan hanya "dianiaya" oleh manusia yang bergelar "Kafir bertopengkan Islam".
Salam maaf kepada yang berkenaan.

Saya juga berharap kepada Ketua Hakim Negara agar "menggugurkan kes yang bernama Bobi dan 2 yang lain" yang telah dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun yang mempunyai 6 orang anak, dan Isteri yang sehingga sekarang yang saya ketehui hanya mengharapkan belas ehsan dari jiran untuk sesuap nasi.
 Wassalam


Tiada ulasan: