Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 10 November 2010

Jika Mulut Tak Ada Insurans, Jangan Cuba Nak Suruh DSAI Berundur?

Salam,

Surat terbuka ini saya tujukan kepada sesiapa sahaja yang berani menyuruh DSAI berundur dari Parti PKR.
Tahukah anda, PKR tak akan wujud di bumi Malaysia jika bukan DSAI, atau mungkin berpura-pura tidak tahu. Memang diakui PKR khususnya pemimpin diperingkat atasan seperti DSAI seringkali berhadapan dengan 'golongan-golongan pencabar yang cacamerba untuk melemaskan PKR dipersada politik negara.

Seksaan di dunia sudah cukup dirasakannya, dipenjarakan 6 tahun hanya kerana disebabkan fitnah dari seorang yang amat gilakan kuasa, tidak cukup dengan itu kesnya ditendang, diikat, ditumbuk, diaibkan hanya kerana misinya untuk memperjuangkan hak Rakyat Malaysia, adakah ada anda pernah lihat Pemimpin di negara Malaysia ini, yang pernah menerima nasib seperti DSAI hanya kerana mempertahankan hak Rakyat, saya rasa belum ada, jikapun ada tidak seberat keperitan yang pernah dialami oleh DSAI.

Jangan kata penjara 6 tahun, 6 hari pun Pemimpin UMNO mungkin tak sanggup, jadi jika sesiapa tak sanggup merasakan siksaan seperti DSAI, jangan terlalu angkuh dan mudah nak suruh DSAI berundur dari PKR, sebelum DSAI berundur tanpa paksa!, lebih baik anda di luar sana terlebih dahulu berundur..

Saya bukan nak membela DSAI, tetapi ini adalah kenyataan perjuangan DSAI adalah untuk mengembalikan hak-hak Rakyat Malaysia yang dirampas oleh penyamun-penyamun yang tamak haloba.

Ingin saya nak memperingatkan sekali lagi kepada sesiapa sahaja yang tak ingin berminat dengan parti PKR, janganlah nak buat kenyataan suruh DSAI berundur dari PKR, kerana perjuangan DSAI didalam PKR ikhlas untuk mengembalikan hak-hak Rakyat Malaysia, perjuangan yang belum berakhir kerana masih ramai pemimpin PKR atau pelapis peneraju parti ini untuk terus berada di persada politik Malaysia selagi ia dinamakan Demokrasi berparlimen. Jika anda tak puas hati dengan DSAI, "baik diam sahaja dan tidak terlalu celupar jika mulut tidak berinsurans". 
Wassalam. Daripada Setiausaha PKR Cabang P-188 Silam.

Tiada ulasan: