Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 31 Oktober 2010

Mengapa Hj Ansari Abdullah, Datin Linda Tsen dan Datuk Yong Teck Lee Dicalonkan di P-185 Batu Sapi?



Salam hormat untuk Pengundi P-185 Batu Sapi.

Mengapakah Hj Ansari Abdullah dipilih menjadi Calon mewakili Pakatan Rakyat di P-185 Batu Sapi? kerana, ada 3 orang yang dicadangkan sebelum itu antaranya; Ahmad Tamrin Jaini, Ketua Perhubungan PKR Negeri Sabah, Hasnar Ebrahim, Ketua Cabang PKR P-185 batu Sapi dan Hj Ansari Abdullah Ahli MPP PKR Pusat yang juga seorang Peguam yang terkemuka di Sabah.

Pada 24/10/2010 di antara 3 orang tersebut, Hj Ansari dipilih oleh kepimpinan Pakatan Rakyat, kerana atas kehendak Ketua Cabang PKR Batu Sapi En. Hasnar mempersetujui bahawa Hj Ansari dicalonkan bagi Parti PKR mewakili Pakatan Rakyat, ramai diantara Ketua Cabang bertanyakan, mengapa bukan Ahmad Tamrin? kerana didalam PRK (Pilihanraya Kecil) bukan Ketua perhubungan yang menentukan Calon, Ketua bahagian yang berhak menentukan Calon kerana pengundi datangnya dari Cabang tersebut (Batu Sapi).

Mungkin juga ada yang bertanya, mengapa En.Hasnar enggan' menjadi Calon di situ? En.Hasnar perlu diberi pujian, kerana dia berpendapat ada calon yang lebih layak daripada dia dan mengutamakan parti seterusnya boleh membawa permasalahan rakyat ke peringkat lebih tinggi di Kuala Lumpur (Dewan Rakyat/Parlimen) .

Jika Hj Ansari menang dan mewakili Rakyat Batu sapi di Parlimen, maka suara Hj Ansari boleh membantu memperbaik segala kelemahan-kelemahan di bawah pentadbiran BN yang terdahulu, kita lihat saja "lemahnya pentadbiran kerajaan BN dengan melihat kelemahan jambatan di kawasan yang diwakili oleh pemimpin BN sebelum ini bilamana 2 buah jambatan runtuh semasa rombongan Pakatan berkempen di kampung air atas laut dalam kawasan Batu Sapi baru-baru ini, menyebabkankan berlaku insiden calon PKR , Hj Ansari terjatuh ke laut sewaktu berkempen, ini bermakna YB yang terdahulu tidak mengambil berat tentang permasalahan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan diatas laut. Jelas pentadbiran BN yang gagal mengawal selia jambatan dan memastikan kekukuhan jambatan di kawasan penempatan penduduk. Bayangkan jika rakyat yang jatuh ke laut dan menyebabkan kemalangan yang tidak diduga atau meragut nyawa? Siapa yang mahu dipertanggungjawab. Inilah KELEMAHAN Barisan Nasional untuk meningkatkan prasarana luar bandar tetapi dalam masa sama berteriak tentang kononnya prihatin dengan pembangunan luar bandar.

Mengapa Datin Linda Tsen dicalonkan untuk mewakili BN dibatu Sapi? kerana, kota bagi Calon untuk batu Sapi dari Parti PBS, dan jawatannya dalam PBS Naib Ketua Wanita PBS Sabah, seterusnya ada hubungan kekeluargaan dengan Isteri Datuk Pairin (Presiden PBS), dan mungkin BN pun mengharapkan undi simpati dari pengundi Batu Sapi, tapi sayang sekali walau pun Datin Linda menang dan menjadi YB di Batu Sapi, tak ada perubahan yang dapat dilakukan nya, kerana dia tidak boleh berbahasa dengan baik di Parlimen, kerana tidak tahu berbahasa Melayu.

Bagi Parti SAPP pula, mengapa Datuk Yong Teck Lee menjadi Calon mereka diBatu Sapi? kerana mereka berpendapat hanya Datuk Yong Teck Lee sahaja yang lebih dikenali dalam SAPP, kerana bekas menyandang Ketua Menteri Sabah 2 penggal, dan misinya juga untuk mengembalikan Autonomi untuk Rakyat Sabah, tetapi Rakyat Sabah juga ada mengatakan sewaktu dia menjadi ketua Menteri Sabah selama 2 tahun, dia tak ada pun membuat perubahan untuk Negeri Sabah.

Maka itu kepada Pengundi P-185 Batu Sapi, berfikirlah dengan baik untuk memilih bakal YB di tempat anda, kerana PRU kali ini adalah sebagai ujian untuk menanti PRU ke 13, jangan dengan Rm50 dan Projek mee segera oleh BN , anda pengundi mengorbankan kawasan anda, tak ada yang memperjuangkannya di Parlimen kelak, jadi pilihlah Calon yang boleh membawa pembangunan di Batu Sapi. Wassalam

Tiada ulasan: