Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 5 Oktober 2010

Jalan Kunak-Lahad Datu 'Jalan Maut' bagi pengguna jalanraya?


Salam 1 Malaysia Dan Selamat Berhari Raya Untuk Semua.

Surat terbuka ini saya tujukan kepada Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk' Zaziman Abu Mansur, agar dapat mengambil perhatian dalam hal ini.

Sebagai Menteri Kerja Raya, yang bertanggunjawab dalam perkara ini, kementerian tersebut mungkin sudah maklum dan mengetahui bahawa Jalan Kunak-Lahad Datu boleh dikategori 'jalan maut' bagi setiap pengguna jalan raya yang melaluinya.

Untuk pengetahuan Datuk' Jalan Kunak-Lahad Datu adalah jalan yang paling buruk di setiap jalan di seluruh Malaysia kerana hampir setiap hari jalan tersebut ada sahaja kemalangan kenderaan berlaku.

Untuk mengelakkan kemalangan berlaku, di harap Datuk' mengambil tumpuan untuk turun padang ke Jalan Kunak Lahad Datu agar meninjau sendiri keadaan jalan tersebut.

Jangan biarkan nyawa melayang setiap hari, keluarkan peruntukan agar semua jalan bukit, bercerun di kawasan itu menjadi jalan dua hala.
Berikanlah peruntukan yang secukupnya untuk menambahbaik keadaan jalanraya tersebut.
Tentunya, banyak peruntukan dapat disalurkan ke Sabah khususnya ke kawasan berkenaan yang memerlukan penelitian rapi daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKJR).
Kempen dan operasi menyedarkan pengguna mengenai pentingnya aspek keselamatan jalanraya bukannya kaedah yang berkesan tetapi langkah penambahbaikan kedaaan lalulintas perlu ditingkatkan di kawasan itu yang mempunyai laluan sempit dan berbahaya lebih-lebih lagi ketika musim tertentu.

Sekian dan terima kasih, Wassalam.

Tiada ulasan: