Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 28 September 2010

TPM, PKR Tidak Tahu Demokrasi?


Salam 1 Malaysia Untuk Semua Dan Selamat berhari Raya.


Surat terbuka ini saya tujukan kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Mahkamah Perak.


Saya mewakili Cabang PKR P-188 Silam Sabah ada mendengar kenyataan TPM dan MBMP di siarkan di Astro Awani yang menyatakan PKR tidak tahu Demokrasi yang sebenar dan tidak boleh memimpin Negara Malaysia?.


Untuk pengetahuan TPM dan ZK Demokrasi bukan PKR yang pegang Dasar pemerintah, Demokrasi adalah dasar Negara Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia jadi tak ada kena mengena Demokrasi dengan PKR.


Demokrasi yang ada sekarang terletak dibawaH seliaan Kerajaan yang dipandu arah oleh Kerajaan Barisan Nasional yang di ketuai oleh DSN dan TSM.


Untuk pengetahuan soal pemilihan PKR di Cabang masing masing ada yang meja dan kerusi terbang _ juga pernah berlaku dalam pemilihan pimpinan Umno di Sandakan dalam beberapa tahun yang sudah. Boleh semak akhbar yang pernah menyiarkannya. Pembaca yang mengikutinya dulu tentu tahu.


Untuk pengetahuan, jika di dalam pemilihan ada perwakilan atau pemimpin yang digantung kerana didapati rasuah itulah dinamakan Pemimpin yang tidak tahu makna Demokrasi.


Buat masa ini yang kita lihat di Negara Malaysia Demokrasi yang masih belum nampak ketulusannya seperti dalam bidang Kehakiman, Pencegahan Rasuah oleh SPRM, Pilihanraya oleh SPR dan KDN. Kementerian-kementerian ini memerlukan proses penambahbaikan dan bukannya sekadar melepas batuk ditangga agar Rakyat nampak dan rasa bahawa Demokrasi yang sebenar wujud di Bumi Malaysia.


Jadi soal PKR tidak tahu Demokrasi, itu tidak benar dan hanyalah sangkaan atau terjemahan pemimpin Umno yang ketandusan isu, dan semua negeri-negeri yang dipimpin oleh PKR/Pakatan telah pun menjalankan cara Demokrasi yang sebenar, Wassalam.


Tiada ulasan: