Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 12 September 2010

Surat Terbuka Ini Saya Tujukan Kepada Pengarah Jabatan Penjara Tawau.


Salam 1 Malaysia Dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Untuk Semua.

Surat terbuka ini saya tujukan kepada Jabatan Penjara Tawau,

Perkara, Kebiadapan se orang angota Polis Penjara yang bertugas di bahagian pondok jaga.

Salam hormat Tuan, di sini ingin saya mengambil kesempatan untuk membuat 1 aduan, melibatkan se orang angota Polis Penjara Tawau, dengan mengunakan bahasa yang kurang sopan terhadap pelawat pada waktu lawatan sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Pada hari ini, saya telah melawat anak saya ke penjara Tawau sempena lawatan Hari Raya Aidil Fitri, setelah saya membuat pendaftaran di kaunter pondok get, Polis yang bertugas se masa itu mengeluar kata kata kesat, dengan suara yang amat tinggi, dengan menyatakan, jika tak puas hati. pulang lah.

Sebagai se orang yang berkhidmat dengan Jabatan perkhidmatan Awam. dengan mengunakan Piagam Pelanggan, Menyiadakan panduan yang lengkap dan bersistemitik untuk memudahkan pelawat memahami tatacara perjumpaan,

Polis Penjara yang saya maksudkan tidak mematuhi Piagam pelanggan, oleh kerana marah saya, saya tak sempat mengambil nama  Polis yang tidak beradab tadi, hanya dia yang mencatit no giliran saya dengan no, 215.

Saya berharap Tuan pengarah penjara Tawau dapat mengambil tindakan Undang Undang kepada Polis yang tak beretika dan tidak mempunyi budibahasa, Polis seperti ini di haruska di beri tugas sebagai Polis Hutan, agar tidak berdepan dengan orang awam.

Semuga apa yang terjadi pada hari ini akan menjadi teladan kepada Polis yang bertugas di Penjara Tawau khas nya, dan semua kakitangan Perkhidmatan Awam di seluruh Malaysia, ingat, Gaji anda, Rakyat yang bayar.

Sekian dan terimakasih.

Djapri Kudosat


0195376789


Tiada ulasan: