Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 9 September 2010

Kemalangan Ngeri Di Km 35 Jalan Lahad Datu-Kunak

Salam 1 Malaysia Dan Selamat Menyambut Aidil Fitri Untuk Semua.

Kemalangan ngeri ini berlaku di km 35 jalan Kunak Lahad Datu yang melibatkan bas express, lori kontena, bas mini 12 penumpang dan viva.

8 orang korban di tempat kejadian, dan ramai lagi cedra parah telah di hantar ke hospital Lahad Datu untuk menerima rawatan di wad kecemasan.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 10 pagi di waktu kenderaan sibuk untuk pulang berhari raya, hanya tinggal 2 hari lagi hari raya aidil fitri berlangsung.

Malang tidak berbau, tetapi kadang kadang kemalangan kita dapat elakan, jika bertimbang rasa di jalan raya semua pemandu amalkan.

1. Pastikan kenderaan anda selamat di gunakan.

2. Sikap bertimbang rasa harus ada kepada semua pemandu.

3. Jika rasa nak tertidur, pastikan berhenti di tempat yang selamat dan berehat seketika.

4. Pastikan semua tayar sihat untuk di gunakan.

5. Jangan mengejar masa, biar masa mengejar kita.

6. Jangan gunakan telepon bimbit di waktu memandu.

7. Gunakan tali pinggang keleder di waktu memandu.

8. Di waktu memandu, selalulah ingat kepada orang yang tersayang.

9. Berhati hati di jalan raya.

Inshallah, jika semua pemandu mengamalkan sikap yang tercatat di atas, maka semua destenasi yang di tuju akan kita sampai dengan selamat. Wassallam.

Tiada ulasan: