Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 4 Ogos 2010

Siapakah Bakal Manjadi Calon BN Dan PKR Di Dun N-51 Kunak Dalam PRU Ke 13?

Salam 1 Malaysia Untuk Semua.

Mari kita imbas kembali bakal bakal calon dalam ranking yang terpapar di dalam Blog Suara Rakyat Kunak, daripada undian peminat bakal-bakal calon masing masing.

Nampaknya seorang muka baru yang bergelar Guru Zahari Lorong telah mendahului 'undi siber' dalam senarai bakal bakal calon yang lain dan terus mengejar YB Dun N-51 Kunak,

Dan seorang lagi muka baru di dalam Politik telah mengejar YB kita sekarang, dia seorang Pembantu Perubatan di Hospital Kunak, Ayuki Ugi.

Tapi jangan di sangka, air yang tenang tak ada Tokek, Dr Nuraini Abd Rahman, saya lihat mula-mula nya senyap sahaja, tetapi sekarang mula menampakkan taringnya dan cuba mengejar dari belakang, mungkin 'keretanya' hari itu rosak kot.

Kita lihat pulak bakal calon dari Jabatan Kesihatan Kunak Abdul Rahim Wahab, amat lambat begerak, kalau yang ini saya tahu kenapa lambat, sebab saya sendiri pernah ikut keretanya, memang tak boleh laju, sebab keretanya tak ada brek.

Tapi kalau kita lihat pulak hari itu, YB kita sekarang telah mendahului bakal bakal calon yang lain, tapi sekarang dah mula lambat, mungkin dia sibuk dengan Rakyat kot.

Mari kita cerita sikit pasal calon PKR yang akan berentap drngan Calon BN nanti di dalam PRU ke 13, adalah beberapa orang dalam Daerah Kunak yang melobi untuk Calon PKR dalam Pru ke 13, tapi kalau dia tak dipilih menjadi Calon BN, PKR tak terima Calon yang kecewa.

Tapi pagi tadi ada seorang bekas Guru telah menemui saya, dia kata, dia sudah nekad menjadi Calon PKR dalam PRU ke 13 nanti, nah, macam inilah yang Pemimpin PKR mau, awal-awal lagi dah menawarkan diri.

Kalau saya lihat bekas Guru ini memang dia amat di hormati di Daerah Kunak, sifat-sifat Calon ada padanya, jika dia terpilih kelak menjadi Calon PKR dalam PRU ke 13, saya rasalah, mungkin kali inilah BN tumbang jika salah pilih Calon.

Maaf ya, sekarang saya tak dapat memberi tahu namanya, atas sebab-sebab tertentu, kerana beliau tak pandai bersilat,  dia cakap dulu dia ada belajar silat, tapi belum tamat, Gurunya kena tabrak Lori, jadi tak pandailah main Silat.

Sekarang Calon PKR dah ada, tinggal lagi menunggu bakal Calon BN, kita tengoklah siapa bakal Calon BN nanti.

Bagi saya siapa pun yang menjadi YB di Dun N-51 Kunak saya tak kisah, yang penting YB itu nanti rajin turun Padang melihat Rakyat, tapi jangan pulak rajin turun Padang Golf.

Mungkin buat masa ini kita tak pun ambil peduli pasal siapa pun YB di Daerah Kunak, kerana generasi kita sekarang masih mampu menjalani kehidupan seharian, jika kita mengharapkan generasi kita yang akan datang, ramai yang hanya mengharapkan bantuan orang tuanya.

Kalau boleh biarlah YB kita di Kunak nanti, berani menyuarakan permasalahan Rakyat, dan dapat memajukan ekonomi Penduduk Kunak, bersedia bila bila masa bertemu dengan Rakyat jika di perlukan,

Sama samalah kita nantikan siapa bakal Calon BN dan PKR di Dun N-51 Kunak dalam PRU ke 13? Wassalam.














17 ulasan:

kunakpress.blogspot berkata...

Selamat pagi SRK,
Saya harap individu yang saudara maksudkan sebagai bekas Guru dan berhajat mahu menjadi calon PKR Kunak dalam PRU 13 nanti, sedia dan sudi bertemu dengan Kunak Press untuk sesi temubual

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Selamat pagi Bos Ku,nanti saya atur kan.

kunakpress.blogspot berkata...

SRK, you plagiat foto Gotong ruyung 1Malaysia & prawn replica dari blog KP ka?

Unknown berkata...

Hai abg SRK..
Nampaknya PR kali ni guru vs guru le ye? Seronok tu.. Patut pun PM kita awal2 lg bagi kelonggaran pd guru. Mgkin ada pihak dah mula sedar pentingnya peranan dan pengaruh guru2 di masa lalu.

Selamat berjuang cgu2ku.

Anna Ariana Armada..

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Saya rasa tak salah Bro KP, sebab dulu saya cheplak, baru amaran mu keluar.

kunakpress.blogspot berkata...

Rakanku Blogger yang paling aktif di Kunak,
Len kali aa..., kalau SRK nak guna gambar dalam blogku, sertakan bersama atau tulis perkataan 'GAMBAR EHSAN : Kunakpress.blogspot.com' dibawah gambar tersebut dalam blog saudara.

Ini kerana gambar-gambar yang dirakam oleh KP adakalanya saya gunakan untuk berita di akhbar.
Hak cipta terpelihara.

Klu nak guna gambar, telefon dulu KP minta ehsan atau kebenaran.
Jangan macam blog lain plagiat banyak bangat dong...

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Oklah KP, SRK mohon maaf dari Pangkalan sampai ke Tasik Mostyn rumah mentua mu.

Tanpa Nama berkata...

Hello. salamat malam tuan Suara Rakayt Kunak.

Saya Jul, dari Pangi. saya cadangkan Jahari Lorong dipilih calon BN Kunak

Selamat malam
JUL/ Pangi

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Kalau mahu Jahri Lorong calon, kena rajin undi dia, sebab undi di Blog Suara Rakyat Kunak yang menentukan calon Di Kunak.

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan Rahim Wahab calun BN Kunak, ataupun kalau bukan si Rahim calon BN, dia calon PKR pun bolehla.. kalau beliau itu mahu.

SE
Kunak

Unknown berkata...

Apa pandangan Abg SRK kalau Rahim Wahab bersetuju jadi calon PKR?

Anna Ariana Armada..

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Salam, Amarda, Bagi Kami Dari Pakatan, Perlukan calon Yang Berani Di Keritik Dan berani Menyuarakan permasahalan Rakyat. Saya rasa En Rahim Wahab tak Ada Dalam Kateria Calon Pilihan Pakatan Rakyat, t.kasih

kunakpress.blogspot berkata...

satu lagi yang penting bagi kriteria seorang bakal calon ialah, berani ditemubual oleh wartawan.Lebih-lebih lagi jika sudah menang pilihanraya.

Dan elak daripada memberi alasan tidak munasabah ketika berhadapan dengan media

Sedia menjawab soalan dengan bernas, tuntas dan tanpa was-was..

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Saya sukung KP, saya lihat kalau di Dun Kunak, hanya KP yang tahu Jantan Betina nya bakal bakal calon yang layak, kerana dia selalu berhadapan dengan bermacam ragam Manusia, seperti, Pelaau, Penjual VCD lucah, dan bermacam macam lagi Manusia yang hidup mau pun yang mati.

Unknown berkata...

Slm Abg SRK... Klu dilihat dari undian, cgu zahri lorong mendahului perkiraan. Andaikan dia tidak terpilih sbg calon BN, rasanya sesuai juga dia sebagai calon PKR? Apa pandangan abg SRK?

Anna Armada..

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Salam DR Armada, Cgu Zhari hanya layak pada Calon UMNO, kerana dia pun tak ada Kateria bagi Calon Pakatan Rakyat.