Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 27 Ogos 2010

Ketua Ketua Menteri Sabah Kini Dulu Dan Selama Nya


Salam 1 Malaysia Dan Salam Ramadan Untuk Semua Umat Islam.

Sebagai Rakyat Sabah kita harus bersyukur kerana dianugerahkan tanah yang sangat subur dan dianugerahkan juga hasil bumi yang tiada tolok banding nya diantara Negeri negeri yang ada di Bumi Malaysia.

Mari kita hayati kembali bekas bekas Ketua Menteri yang pernah memimpin Negeri Sabah, 

Pertama, Tun Mustapa Datuk Harun, Bapa Kemerdekaan, hasil Negeri Sabah pada masa itu, kayu balak, pisang lanut, lada putih, kopi dan getah.

Kedua, Dato Harris Salleh, Bapa pekebun pekebun kecil, Rakyat Sabah di sarankan pada masa itu untuk menanam sawit, diwujudkan pada masa itu oleh Dato Harris Saleh pekebun kecil seluas 15 ekar setiap seorang di setiap Daerah Daerah diNegeri Sabah,

Cuma kesilapan Pemimpin pada masa itu, tanah di beri, tapi tidak di beri bantuan untuk dibangunkan, jadi sehinggah sekarang ramailah penama asal telah berpindah milik kepada orang lain, kerana syarat syarat pindah milik tidak di perketatkan oleh kerajaan pada masa itu.

Oleh kerana syarat pindah milik tidak ketat, maka Sijil Anak Negeri laris keluar dari jabatan yang di pertanggung jawab kan okeh Kerajaan untuk mengeluar kan Sijik Anak Negeri.

Maka ramailah Taukea Taukea kaya mendapat Sijil Anak Negeri, walau pun pada masa itu, ada Taukea baru  menetap di Sabah telah memiliki Sijil Anak Negeri dengan tujuan untuk membeli tanah tanah yang di miliki oleh pekebun pekebun kecil itu tadi.

Dengan kelongaran jual beli tidak terlalu ketat, maka kebanyakan pemilik asal menjual kebun mereka lepada Taukea Taukea yang telah memiliki Sijil Anak Negeri kerana pemilik pekebun kecil pada masa itu berpikiran pendek, dan nak mewah sementara, maklumlah kereta pertama Negara ( Proton Saga ) dah mula mula di jual,
mestilah ramai yang nak memiliki nya walau pun kebun hilang.

Si Taukea ini dah pun mengintai hasil kebun yang jika di tanam kan dengan kelapa sawit sejauh sampai Negara China (Wawasan 2020 ) ekonomi mereka akan kuasai, walau pun mereka bersakit sakit dahulu untuk mendapatkan kebun tetapi akan datang sehinggah sekarang mereka telah menguasai Ladang Ladang di Negeri Sabah.

Ke 3, Dato Seri Panglima Musa Aman Bapak Pembangunan, kayu balak dan tanah dah hampir pupus untuk di agih agihkan kepada jenarasi sekarang, sekarang ini hampir 70 % tanah di Sabah telah pun ditanamkan dengan pokok kelapa sawut, tinggalah Pemimpin sekarang memungut hasil cukai dari hasil tanaman sawit, unruk pembangunan Negeri Sabah.

Kita sebagai Rakyat Sabah harus juga bersyukur di bawah kepimpinan Dato Seri Panglima Musa Hj Aman, kerana jika kita bandinhkan Kota Kinabalu 10 tahun yang lalu dengan sekarang ini, jauh lebih maju, Bangunan Pencakar Langit tumbuh seperti cendawan di sana sini, jalan raya berkembar muncul di sana sini diatas pasukan yang dibimbing oleh Ketua Menteri kita.

Jadi sebagai Rakyat, jangan salah kan Kerajaan jika tak ada kebun, kerana dahulu nya anda sudah pun pernah di agih agih kan oleh Pemimpin masa lalu sebidang tanah untuk bercucuk tanam, tetapi ramai yang telah menjual nya maka jangan salah kan Kerajaan sekarang, tepuk dadah, tanya selerah.

Cuma yang perlu diperbaiki oleh Dato Seri Panglima Musa Hj Aman, ialah, di setiap Jabatan Tanah disetiap Daerah di Negeri Sabah, setiap PT PT yang masih tersimpan didalam stor Jabatan Tanah agar di percepat kan untuk diproses, jangan disimpan lama lama, nanti di makan Tikus, hancurlah harapan pemohon.

Untuk mengahiri tulisan ini, SRK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada, TYT. Ketua Menteri, Menteri menteri, Timbalan Timbalan Menteri, Pengarah Pengarah, Penjawat Penjawat Awam dan semua Rakyat Sabah yang beragama Islam, dengan ucapan, Kurniakanlah Pemimpin Pemimpi kami di Sabah dengan kebijaksanaan agar Negeri Sabah di kurniakan Pemimpin yang berjiwa Rakyat, Amin. Wassalam






Tiada ulasan: