Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 23 Ogos 2010

Penyiaran TV Di Malaysia Tidak Menepati Kehendak Penonton Di malaysia?

Salam 1 Malaysia Dan Salam Ramadan Untuk Semua.

Saya menulis perkara ini kerana, saya tak puas hati dengan penyiaran yang kita lihat terutam di waktu  penyiaran berita bermula, tajuk berita mesti mencari keburukan pembangkang, sepatut nya, penyiaran TV jangan digunakan untuk memburuk burukan parti pembangkang, kerana wang yang di bayar untuk semua penyiaran di Malaysia hasil dari wang Rakyat, tak kiralah Rakyat itu dari Parti BN, mau pun Parti Pakatan.

Kalau pun nak masukkan berita pasal keburukan Pembangkang, kenalah telah di buat pertuduhan di Mahkamah, jika membuat penyiaran memburuk burukan se seorang Pemimpin Parti jangan gunakan TV Rakyat, gunakanlah TV UBN, agar Rakyat yang tidak mempunyi Parti tidak terkeliru dengan penyiaran penyiaran palsu.

Jangan jadikan TV Rakyat untuk berpolitik, kerana kesan nya kepada Rakyat boleh merosakan ahlak Rakyat yang jauh daripada Bandar, dan juga kepada kanak kanak yang belum tahu erti Politik, jangan pesongkan minda mereka.

Ingat, di waktu kemuncak penyiaran berita, hampir semua Rakyat ingin menonton siaran berita, kerana hendak mengetahui keadaan semasa di dalam negara kita, Rakyat bukan perlukan berita berita yang belum pasti kebenaran nya.

Saya adalah Rakyat Malaysia dan salah se orang pembayar Astro dengan jumlah Rm79.00 se bulan, berhak membuat teguran kepada pemimpin yang telah di lantik oleh Rakyat di waktu Pilihan Raya, gunakanlah penyiaran di Malaysia sebagai penyiaran yang benar benar terjadi, jangan gunakan penyiaran sebagai wadah unruk berpolitik. Wassalam


Tiada ulasan: