Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Selasa, 10 Ogos 2010

Pencuri Morden, Awas Guna Asap Rokok?


Salam 1 Malaysia Dan Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam Di Seluruh Dunia.


Apa itu pencuri morden?

Cerita nya macam ini, pada minggu lalu semasa saya berada di Kg Air Kota Kinabalu saya bertemu dengan se orang kawan Polis yang bertugas di Balai Polis Kunak Kunak, dia dan keluarga nya menginap di sebuah hotel di kawasan Kg Air KK.

Apa yang saya nak ceritakan hanyalah untuk berkongsi pengelaman kepada para pengunjung ke Kg Air agar berhati hati jika bertemu kepada orang yang saya ceritakan nanti.

Kawan tersebut seorang angota Polis yang bertugas di Balai Polis Kunak, pada masa itu beliau bercuti dengan keluarga nya di Kota Kinabalu.

Pada masa kejadian, beliau memandu kereta nya berpusing pusins di Kg Air, dan terserempak dan mengekori kereta saya dari belakang, setelah penat berpusing mencari parking tak ada, beliau berhenti seketika di hadapan My Bank Kg Air.

Setelah dia berhenti sekejap lalu keluar dari kereta nya untuk menunggu kalau kalau ada tapak parking yang kosong, di waktu dia berdiri dekat kereta nya, tiba tiba datang se orang lelaki dalam umur lingkungan 40 han.

Tiba tiba orang itu meminjam macis untuk membakar rokok, lepas macis di kembalikan dia meminta rm1.00 dari angota Polis tadi yang tak guna uniform, kata nya untuk membeli air minum.

Oleh kerana kawan Polis tadi kesihan, dia pun memberi Rm 1.00 kepada oarang tersebut, lepas kejadian itu tadi kawan Polis tadi terus beredar untuk ke kedai 7eleven di Kg air.

Selepas dia memilih barang untuk membayar di kaunter yang berharga Rm12.00, dia pun mengambil dompet wang nya yang tersimpan di poket belakang seluar, setelah di hendak mengambil wang, dia hairan semua wang nya yang berjumlah Rm1,700.00 lesap dari dompet nya.

Jadi kisah ini hanyalah untuk memberi peringatan kepada para pengunjung terutama di kg Air Kota Kinabalu, agar jangan mudah terpedaya kepada orang yang semacam yang saya ceritakan ini.

Semuga kejadian ini akan memberi pedoman kepada anda yang sering berkunjung di Kg Air has nya dan di mana sahaja anda berada am nya.

Kisah selanjut nya akan saya paparkan, se orang yang mengambil wang pencen nya di Tawau dengan jumlah wang pencen Rm24,000.00 sekelip mata lesap di pukau. Wassalam

2 ulasan:

Kunak Press berkata...

Pernah berlaku di Kunak. Warga emas hilang barang kemas. Kisah sudah lama berlalu.

Pukau.. pukau..

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Polis Harus Ambil Perhatian Hal Pukau Ini.