Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Ahad, 22 Ogos 2010

Masyarakat Melayu Di Kunak Tertinggal Dari Segi Pertanian, Mengapa?

Salam 1 malaysia, Dan Salam Ramadan Untuk Semua Umat Islam.

Perkara tajuk di atas sepatutnya tidak perlu lagi kita bicarakan, kerana tanah di Daerah Kunak dah tak ada lagi untuk di pohon, kalau pun ada bukan milik kita, ia adalah milik mereka yang berkemampuan didalam pengurusan tanah seperti si Chong, bukan nama sebenar. Tauke besar yang berduit semua mampu beli..

Di Daerah Kunak mempunyi tanah yang amat terbaik untuk tanaman sawit, kerana mendapat penurunan hujan yang cukup untuk tanaman sawit atau pun tanaman yang lain, tidak seperti di Pantai Barat Sabah, tanaman sawit tidak berapa sesuai, kerana tanah yang tak sesuai dan kekurangan hujan.

Oleh kerana itulah ramai pemilik pemilik kebun daripada luar kawasan Kunak atau dari SM (Semenanjung Malaysia) datang bertapak di Daerah Kunak untuk menjadikan Daerah Kunak sebagai Lubuk Emas mereka.

Sebenarnya Masyarakat Melayu di  Kunak tidak kehilangan tanah mereka jika Jabatan yang bertanggung jawab soal tanah di Daerah Kunak cepat dalam pemperosesan oleh Jabatan yang bertanggung jawab dalam hal ini.

Sebenarnya perkara ini tidak diambil perhatian daripada pihak atasan dari dahulu lagi, maka itulah nasib Masyarakat Melayu di Kunak tertinggal jauh dari si Chong, bukan nama sebenar. kerana Mesyarakat Melayu serba kekurangan dalam setiap pengurusan, kerana hanya mengharapkan kelulusan sampailah bertahun tahun tanpa di ambil perhatian oleh pihak bawahan sampailah pihak atasan, mengapa?

Kerana si Melayu ini tak dapat memberi habuan yang secukup nya, si Chong pula sampai melebihi habuan yang dapat diberikan kepada yang bertanggungjawab soal tanah. 

Kalau kita ungkai kembali tanah tanah di Daerah Kunak pada permulaannya adalah milik Melayu, tetapi di sebabkan ketidak berkemampuan menunggu untuk di luluskan oleh Jabatan yang bertanggung jawab dalam soal tanah di Daerah Kunak. Ada juga kes yang sepatutnya Melayu menang di Mahkamah tetapi akhirnya 'kalah' wang kerana tidak mampu membayar guaman mereka. Akhirnya si Chong 'rampas' dan rakus mengambil hak orang lain atas hasil keringat mereka.

Maka itu dari dahulu hingga sekarang, tak ada seorang Pemimpin atasan yang membela nasib orang-orang Melayu di Kunak dalam soal tanah.

Pemimpin yang ada sekarang hanya menjaga Tauke-Tauke yang boleh memberikan mereka habuan yang secukupnya untuk mendapatkan apa yang Mereka ingingankan dalam soal tanah.

Tak percaya? lihatlah di Koperasi Sabahan, Melayu yang tanam sawit, tetapi di miliki oleh Tauke yang tak tahu dari mana asal-usulnya, mengapa ini boleh terjadi?

Kerana wang adalah segala-galanya di Dunia ini, adakah Pemimpin atasan membela nasib pekebun pekebun kecil yang tertindas? jawapannya tak ada, kerana Mereka sudah terlena di buai kesenangan selepas diberi undi dalam pilihanraya.

Tetapi di dalam soal ini mereka Pemimpin hanyalah melihat, mendengar sahaja keluhan orang orang kampung meminta pertolongan, tetapi tak ada pembelaan untuk mereka, kerana mereka tak cukup peluru untuk melawan kekuatan Tauke Tauke yang mengunakan peluru berpandu walau pun sampai ke pengetahuan Perdana Menteri, Abdullah Badawi pada masa itu.

Kini sudah sampai masanya Pemimpin atasan perlu buka mata dan turun padang memeriksa di semua Jabatan Tanah di setiap Daerah, agar mengetahui keadaan sebenar di setiap Jabatan Tanah di Sabah, terutama Di Daerah Kunak masih bertimbun bertimbun lagi Permohonan Tanah orang orang Melayu yang tersimpan di dalam setor Jabatan Tanah, ada yang sampai 20 Tahun hingga 30 tahun lamanya tanpa diambil perhatian oleh Pegawai yang terbabit, tak percaya, datanglah sendiri periksa!!

Saya berjanji, jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan di Sabah, yang perlu saya usulkan untuk pertama kalinya, masalah PT perlu dibawa dalam pemerosesan untuk diluluskan tanpa alasan. ke 2, setiap Pegawai Jabatan Tanah tidak boleh berkhidmat di setiap Daerah sehingga 2 tahun, perlu di tukarkan ke Daerah lain bagi mengelak mereka dibuai dengan amalan korupsi dan rasuah melimpah ruah.

Semuga apa yang saya tulis diatas, akan diambil perhatian oleh Ketua menteri Sabah, Pengarah tanah dan Ukur Sabah dan Perdana Menteri Malaysia, jika tidak ingin kerusi empuk anda semua diambil oleh Pemimpin Pakatan Rakyat. Wassalam

















Tiada ulasan: