Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Sabtu, 14 Ogos 2010

Membersihkan Dosa Dosa Di Bulan Ramadan Al, Mubarak?


Salam 1 Malaysia Dan Salam Ramadan Untuk Semua Bloger Di Seluruh Malaysia.

Di antara semua Bulan di dalam 1 tahun, bulan Ramadanlah tempat kita membersihkan segala dosa dosa Kecil mau pun Besar.

Maka itu sempena di Bulan Ramadan yang mulia ini, lupakanlah se ketika caci mencaci, hina menghina, dan seterus nya memburukan orang lain.

Dalam erti kata, marilah kita semua Bloger menghidupkan Bulan Ramadan Al,Mubarak di dalam tulisan yang sedap di baca dan menaikan atas Agama Islam agar Agama lain turut menghormatinya.

Walau pun saya masih baru dalam Dunia Bloger, tetapi wajib kita sesama manusia tegur menegur dan nasihat menesahati sesama Umat yang terlupa akan kehadiran Bulan Ramadan.

Kita juga harus ingat bahawa Dunia yang kita terpijak ini hanyalah untuk sementara waktu sebelum kita berpindah ke Padang masyar untuk di perhitungkan kebaikan dan kejahatan kita sewaktu kita di Dunia.

Kita juga tahu bahawa sebagai Manusia biasa tidak boleh lari dari membuat kesilapan kerana kita bukan nya Malaikat.

Marilah kita membersihkan diri kita dari segala Dosa Dosa yang telah kita lakukan di dalam 11 Bulan yang lalu pada 1 Bulan yang penuh berkah ini, semuga Allah mengampuni Dosa Dosa kita sempena di Bulan Ramadan Al,Mubarak ini, Amin.

Untuk akhir kata, semua kesilapan yang kita lakukan datang nya dari kita sendiri, dan semua kebaikan yang datang kepada kita, datang nya dari Allah. Wassalam.

Tiada ulasan: