Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Khamis, 12 Ogos 2010

Lantik setiausaha @ Ketua Penerangan PAS Kunak dari golongan profesional


Salam Ramadan kepada semua. 
Saya sebagai pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kunak yang masih setia bersama parti sentiasa mengalu-alukan penglibatan parti rakan dari Pakatan Rakyat (PR) seperti PAS ke daerah Kunak yang tercinta ini. Saya dapat maklum bahwa, PAS Kunak sudah ada penaja cawangannya di sini. 
Oleh itu, sebagai rakan pakatan sama ada diperingkat cawangan, bahagaian dan Pusat, PAS Kunak perlu lebih telus dan bersama-sama kami untuk meneruskan perjuangan berdasarkan misi dan visi parti masing-masing.

Oleh itu, sekiranya pasukan penaja PAS Kunak telah ada, saya mencadangkan agar dibentuk satu pasukan khas yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Ketua Penerangan atau jawatan-jawatan lain dalam barisan penaja itu agar PAS boleh berdiri dan kedepan lebih jauh untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 di DUN Kunak khususnya akan datang ini. 

Saya melihat ada beberapa individu yang berpotensi untuk dicalonkan atau dilantik ke jawatan seperti Setiuasaha / Ketua Penerangan di Kunak. Antaranya seperti saudara Ibrahim Tabir yang juga berpengalaman dalam bidang kesetiausahaan, kewartawanan dan pemberitaan. Selain itu, saya lihat beliau aktif dalam beberapa aspek dan bijak memantau situasi politik semasa di daerah Kunak ini khasnya DUN N.51 Kunak.
Ini cuma pendapat/pandangan saya dalam usaha PKR dan PAS sebagai rakan pakatan untuk mengubah landskap politik di Kunak ini. 

Pihak Penaja PAS Cawangan Kunak juga haruslah lebih terbuka dan tindakan menubuh cawangan penaja di DUN Kunak sangat dialu-alukan. Banyak isu dan perkara yang masih jelas kelihatan di Kunak ini dan tidak perlu diperkatakan di sini kerana Pakatan ada kaedah yang tersendiri .

Saya juga ada melihat banner (kain rentang) yang dipasang oleh pihak penaja PAS Kunak di lokasi seperti berhampiran round about Simpang Empat dan berdekatan Masjid pekan. Ucapan Selamat Berpuasa kepada umat Islam. 

Salam perjuangan bersama barisan Pakatan Rakyat (PR). 
Djapri Kudosat,
Kunak

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu perkembangan yg baik di Kunak.
Pakatan Rakyat perlu berusha lebih gigih lagi.

Cikgu pencen,
Kunak-Mostyn.
2371

Kunak Press berkata...

selamat berpuasa ramadan,
terima kasih diatas cadangan/pendapat saudara blogger Suara Rakyat Kunak, di bulan mulia ini.
sy juga menerima telefon dri rakan-rakan lain berkaitan post ini.

Se-Kunak, Se-Malaysia..

Kunak Press berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Salam 1 malaysia, Dan Selamat Berpuasa, Tak Ada Angin Pokok Tak Akan Bergoyang, Maka Ada Anginlah Saya Buat Post Ini, Semuga Ia Akan menjadi kenyataan, Amin

Tanpa Nama berkata...

Ngua manyak chukung ooo, itu Kula Pele masuk itu Pas ooo, saya tiga olang aaa, sama itu SRK PKR, Saya DAP dan KP PAS, kami 3 olang aa moleh jali 1 pakataqn ooo lalam Laelah Kulak ooo, mesiti melang ooo PLU 13.


Kelomok

Anna berkata...

Slm abg SRK.. Selamat Berpuasa..
Apa pandangan abg SRK tentang pentadbiran Datuk Nilwan Kabang setelah hampir 3tahun memegang jawatan sbg wakil rakyat kunak? Dan baru2 ini ada pembahagian rumah PPRT utk org2 knk, adakah abg SRK berpuashati ???

Tanpa Nama berkata...

ALLAHUAKBAR 3X...

Moga dakwah PAS terus subur di Kunak.
siahsah merupakan salah satu method dakwah.

Akan ku kembali ke daerah tercinta untuk sama2 dalam medan ini.

Insya Allah, daulah Islamiyah akan tertegak.

~sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya,maka ia menjadi wajib~

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Salam Ramadan, pada pendapat saya secara peribadi dalam kepimpinan Datok Nilwan di Dun N-51 Kunak dalam hampir 3 tahun memimpin sebagai YB, pendapat saya, rasa rasa nya belum memuaskan dari segi pembangunan, dari segi kebajikan seperti PPRT, boleh di katakan memuaskan. tapi ada lagi janji pilihin raya ke 12 belum di selesaikan, seperti pembahagian Pekebun Kecil Tingkayu seluas 5,200 ekar belum terlaksana, janji ini pernah juga di buat oleh mantan kita Datok Jasa Hj raudah waktu pengal pertama dia bertanding di Dun Kunak. semuga apa yang belum di selesaikan oleh YB kita sekarang akan di kotakan nya se belum PRU ke 13. wasllam

Tanpa Nama berkata...

PAS boleh bertahan jika adanya kerjasama dgn PKR,
teruskanlah perjuangan kamu demi daerah tercinta ini.

ASAL KUNAK.
Belia Se-Malaysia
Shah Alam.

Tanpa Nama berkata...

aku yakini akan ada perubahan lanskap politik di Kunak terutama melibatkan orang melayu.

Orang Kg.Cenderawasih
yang terpinggir

Tanpa Nama berkata...

SALAM RAMADAN, KAMI DARI PAKATAN AKAN BERUSAHA DUN N-51 KUNAK MILIK PAKATAN RAKYAT.


WAKIL PAS