Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 18 Julai 2010

Pandangan Untuk Pemimpin?

Sebagai Rakyat Malaysia, kita berhak memberi pandangan kepada Pemimpin, kerana Rakyat yang memberikan mereka mandat untuk menjadi seorang Pemimpin.

Dengan kenaikan harga barang harian dan minyak bukanlah satu jalan penyelesian yang bijak untuk membantu ekonomi Negara.

Kerajaan tidak perlu menyusahkan Rakyat untuk membantu menaikan ekonomi Negara, pihak Kerajaan harus memikirkan macam mana menaikkan ekonomi Negara tanpa membebankan Rakyat.

Jika Pakatan rakyat boleh memansuhkan cukai selama 5 tahun jika diberi mandat menjadi Kerajaan oleh Rakyat, mengapa pulak pihak Kerajaan tidak mencari jalan menaikkan ekonomi Negara tanpa menyusahkan Rakyat?

Seharusnya kesilapan semacam ini perlu dicari dari bahagian penesihat ekonomi Negara, kerana merekalah yang bertangung jawab segala kemelesetan ekonomi Negara, mereka dilantik dan dibayar gaji untuk mengurus untuk menaikan ekonomi Negara, tetapi akhirnya ekonomi jatuh merundum.

Yang dijadikan Kambing Hitam Rakyat, mengapa tak dipecat semua penesihat ekonomi yang bangang itu, jika semua beban Negara menjadi beban Rakyat maka adalah satu kesilapan Kerajaan kepada Rakyat kerana Rakyat menjadi Hakim dalam setiap Pilihan Raya.

Diantara salah satu yang Rakyat tidak perasan membebankan Rakyat, Saman, buat masa sekarang Kompaun dimansuhkan, Saman harian Polis Trafik ditambah, jika biasa 15 sehari setiap Polis Trafik, masa sekarang ditambah hinggah 30 saman untuk seorang Polis Trafik?

Bumi Malaysia mempunyi hasil Bumi yang tiada tolok banding nya diAsia Tengara, mengapakah hanya Rakyat yang menjadi sasaran jika ekonomi Negara Merundum? jika Pemimpin perihatin kepada Rakyat, seharus nya jalan yang terbaik untuk membantu menaikan ekonomi Negara, memotong semua elaun Menteri Menteri diseluruh Negara dan hentikan semua Projek tidak kira kecil atau pun Mega.

Seterus nya, ada 40 orang yang terkaya di Malaysia gunakanlah wang mereka mereka ini untuk menaikan ekonomi Negara, dan ada beratus syarikat GLC di Malaysia yang boleh pihak Kerajaan gunakan wang mereka agar Rakyat tidak menjadi Kambing Hitam.

Sebelum saya mengundurkan diri dari tulisan ini, saya memohon maaf jika ada tulisan saya yang menyingung Kerajaan dan Pemimpin seterusnya pakar ekonomi yang menjatuhkan ekonomi Negara.

Jadilah Pemimpin yang bertangung jawab kepada Rakyat, agar Rakyat menjadikan mereka sebagai Pemimpin yang dihormati dan disegani. Wassalam







1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak berniat menjadi calon ADUN Kunak. Tapi jika ditakdirkan ALLAH bagi saya terima. Tapi saya tidak gairah sangat untuk itu, forum itu saya anggap perbincangan biasa di Kedai Kopi minum dengan sdr. Jefry sperti biasa. Kerana pada saya walaupun kita mempunyai fahaman politik yang berbezah tetapi sebagai Umat Islam hubungan silaturahim perlu dikekalkan. Jadi pandangan saya dalam suara rakyat itu, saya katakan hutan simpan lebih baik dibagi kepada rakyat. Kerana untuk apa hutan simpan yang ada jika tidak terurus, tidak terjaga sentiasa kena ceroboh dan adakalanya diteroka oleh syarikat-syarikat kurapo yang akhirnya menjadi ladang besar untuk kepintingan individu. Maka saya fikir lebih baik bagi dengan rakyat supaya rakyat tidak lagi bergantung harap dengan kerajaan sebaliknya boleh berdekari sendiri. Sebenarnya kunak perlu dibangunkan memandangkan Kunak daerah persinggahan dan sebagai daerah persinggahan apakah yang menarik dikunak sehingga menarik perhatian mereka yang lalu singga di daerah kunak. Kunak berpotensi dengan keindahan alam semulajadi,perikanan dan pertanian. Kunak sepatutnya mempunyai Perkampungan Melayu yang teratur.Kunak perlu ada Medan selera dan saya cadangkan MEDAN SELERA SENJA PERMAI yang terletak dikawasan lautan yang menghala ke Teluk Dable ianya sesuai dibuat di kawasan Pangkalan Di Kampung Basilan, Pasar Ikan yang terbesar di Sabah. Masjid Daerah di Simpang Empat, Kolej, Urusetia, jalan dua hala dari Simpang Empat ke Pekan yang ditanami dengan bunga-bunga yang yang beraneka warna Pejabat-pejabat Kerajaan Seperti JPJ, Imigres,Pondok Polis di Simpang Empat. Pusat Pasar Tani yang teratur, Kompleks Stadium yang serba moden.

Kassim Ajirul