Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 25 Julai 2010

Forum Tertutup Di Antara Bakal Calon BN dan PKR Di Pekan Kunak?


Salam bertemu dalam ruangan Forum tertutup diantara Bakal Bakal calon BN dan PKR di tempat yang dirashiakan, Tajuk, Jika anda terpilih menjadi YB diDun N-51 Kunak, apakah yang anda lakukan untuk memajukan Daerah Kunak dan memajukan ekonomi penduduk daerah Kunak?

Wakil dari BN terdiri dari En Abdul Rahim Wahab, En Sahing Taking dan En Kassim Ajirul, wakil dari PKR ialah En Mohd Sailama dan En Mahadi Bagadil yang di Pengerusikan oleh Suara Rakyat Kunak.

En Kassim Ajirul memberi pandangan, jika dia menjadi YB diDun N-51 Kunak, Logo Udang akan ditukar dengan menanam pokok pisang dimana terletak nya Logo Udang sekarang, dan semua Hutan Simpan diDaerah Kunak akan dibahagikan kepada Penduduk Kunak agar setiap orang mendapat 30 ekar kebun., dan menyediakan pasar Ikan yang terbesar diDaerah Kunak.

En Mohd Sailama menyatakan, jika dia terpilih menjadi YB diDun N-51 Kunak, dia akan mengembalikan saham Yayasan Sabah kepada semua Rakyat Sabah yang berumur 21 tahun keatas, dan akan membahagikan  Hutan Yayasan Sabah kepada semua penduduk Sabah, dan Logo Udang akan di tukar dengan pokok Kelapa sawit.

En Sahing Taking menyatakan, jika dia terpilih menjadi YB diDun N-51 Kunak semua Projek Projek yang tak berfaedah untuk Rakyat akan dihentikan dan kewangan Projek tersebut akan dialihkan untuk membina kebun sawit atas nama, Yayasan Penduduk Kunak, agar Yayasan ini dapat memberi bantuan kepada penduduk Kunak yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengelakan dari meminjam dari Along.

En Mahadi menyatakan, jika dia terpilih menjadi YB diDun Kunak, dia akan membina Kampung Baru dan Pekan Baru diDaerah Kunak agar konsep 1 Malaysia dapat dipenuhi.

Yang terakhir sekali, En Abdul Rahim Wahab menyatakan, jika dia di beri mandat oleh pengundi Kunak menjadi YB diDun N-51 Kunak, dia akan melantik Ahli Majlis dari PKR dalam 1 atau 2 orang agar setiap Mesyuarat Ahli Majlis agar lebih berkesan lagi, dan seterusnya akan membina Kilang untuk memproses Ikan di Pangkalan Kunak agar semua penangkapan Nelayan Kunak dapat di proses menjadi ikan sardin, dan dia juga akan membuat permohonan kepada Pihak YAPIM yang mempunyi tanah di Tjngkayu seluas 3850 ekar akan memohon kerjasama untuk membangunkan kebun tersebut agar hasilnya kelak dijadikan Tabung Penduduk Kunak.

Setelah selesai kesemua wakil memberi pendapat masing masing, maka kesimpulannya, Penduduk Kunak masih memerlukan Kebun untuk masa depan penduduk Daerah Kunak, dan terpulang kepada bakal bakal YB yang akan menerajui Daerah Kunak dalam PRU ke 13 akan datang.

Sebelum PRU ke 13 tiba, Suara Rakyat Kunak akan cuba menjejaki kesemua Bakal Bakal Calon di Dun N-51 Kunak, untuk meminta pandangan mereka jika mereka menjadi YB diDun N-51 Kunak, apakah misi mereka untuk Pembangunan Daerah Kunak dan membangunkan ekonomi Penduduk Daerah Kunak.

Ingin saya menambah didalam catatan ini, kepada para Individu yang mempunyi cadangan cadangan untuk pembangunan dan memajukan Daerah Kunak, sila kemukakan dalam ulasan SRK, manalah tahu munkin cadangan anda akan dapat di gunakan kepada bakal bakal YB di Daerah Kunak pada masa akan datang, Terima Kasih.






9 ulasan:

Unknown berkata...

Tahniah kepada SRK kerana anda berani mengadakan satu forum yang agak unik tapi boleh dibanggakan. Cuma tidak adil sekiranya calon2 yg lain seperti Dr. Nuraini, Dr. Eyugi, Dr. Dolar, Cikgu Zahari, Cikgu Balnama, Cikgu Gabra, Cikgu Jalilul, Tn. Hj. Husin dan lain2 lagi yg pernah disenaraikan dlm ruangan ini juga sewajarnya pihak SRK menyiarkan temu bual visi dan misi mrk supaya rakyat boleh membuat penilaian. Terima kasih.

Armada

Unknown berkata...

Tahniah kepada SRK kerana anda berani mengadakan satu forum yang agak unik tapi boleh dibanggakan. Cuma tidak adil sekiranya calon2 yg lain seperti Dr. Nuraini, Dr. Eyugi, Dr. Dolar, Cikgu Zahari, Cikgu Balnama, Cikgu Gabra, Cikgu Jalilul, Tn. Hj. Husin dan lain2 lagi yg pernah tersenarai dlm ruangan ini juga sewajarnya pihak SRK dapat menyiarkan temu bual visi dan misi mrk supaya rakyat boleh membuat penilaian. Terima kasih.

Unknown berkata...

Tahniah kepada SRK kerana anda berani mengadakan satu forum yang agak unik tapi boleh dibanggakan. Cuma tidak adil sekiranya calon2 yg lain seperti Dr. Nuraini, Dr. Eyugi, Dr. Dolar, Cikgu Zahari, Cikgu Balnama, Cikgu Gabra, Cikgu Jalilul, Tn. Hj. Husin dan lain2 lagi yg pernah tersenarai dlm ruangan ini juga sewajarnya pihak SRK dapat menyiarkan temu bual visi dan misi mrk supaya rakyat boleh membuat penilaian. Terima kasih.

Anna...

Unknown berkata...

Tahniah kepada SRK kerana anda berani mengadakan satu forum yang agak unik tapi boleh dibanggakan. Cuma tidak adil sekiranya calon2 yg lain seperti Dr. Nuraini, Dr. Eyugi, Dr. Dolar, Cikgu Zahari, Cikgu Balnama, Cikgu Gabra, Cikgu Jalilul, Tn. Hj. Husin dan lain2 lagi yg pernah tersenarai dlm ruangan ini juga sewajarnya pihak SRK dapat menyiarkan temu bual visi dan misi mrk supaya rakyat boleh membuat penilaian. Terima kasih.

Anna

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

T.kasih saudara Armada, sebelum PRU ke 13, saya akan cuba menjejaki kesemua bakal bakal calon yang saudara senaraikan untuk mengetahui misi mereka jika mereka dipilih menjadi YB diDun N- 51 Kunak.

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Di atas permintaan ramai pembaca Blog SRK, pembaca sedang mencari seorang Pengomen yang bernama, Apek, Naga 16 Telur, kerana c Apek ini sudah lama menghilang, sejak dia ke Thailan berbulan madu.

Unknown berkata...

Terima kasih sdara SRK. Keikhlasan SRK utk mengemukakan bakal2 calon bagi daerah kunak wajar dihargai. Memang kita sudah lama tidak membaca komen2 dari c apek apalagi celotehnya yg lucu lagi menghiburkan. Cuma kita sebagai pembaca kadang tak faham sebab menggunakan logat orang cina...... Harap SRK dapat menjejaki penulis tersebut.

Anna Armada....

Tanpa Nama berkata...

Im bored) lets play three word story =)

Three word story is a game in which a story is built by multiple people, who use three words each turn. It is a common favorite of forum gamers, since it is easy to explain and play in a linear, structured fashion. An example game goes as follows:
* A fat man...
* ... walked into a...
* ... car and it...
* ... was very painful...
* ... but he jumped...
* ... back up and...
* ... dug a really...
* ... small cave that...
* ... had two red...
* ... cats coming out...
* ... from some smoke...
* ... though a blue...
* ... streak speeds by...
* ... forcing twenty wayward ...
* ... evidences of fright...

ok =)?
Ill begin:

I opened the door...

Tanpa Nama berkata...

Hi im bigmase24a,

Im new here so im just saying hi, and heres a few things you should know :).
i am 23 years old,
i am employed as a programmer
i [b]love [/b]community chats :)

Thanks

[i]Nice meeting you all :)[/i]