Selasa, 8 Jun 2010
Kisah Seram Di Gua Baturong, Siri 1.
Pada tahun 1992 saya bersama 3 orang rakan pergi ke Gua Baturung untuk mencari Sarang Burung kerana di kawasan tersebut banyak Sarang Burung jenis Putih boleh didapati jika bernasib baik.
Saya dan rakan sampai di tepi Gua Baturung tepat jam 2.00 petang dan berehat sekejap untuk persiapan mendaki ke kawasan puncak bukit Baturong yang terdapat banyak gua gua terbiar sejak sekian lama.
Pada jam 3.00 petang hari Khamis saya dan rakan mula mendaki ke kawasan yang di panggil Gua Tengkorak, kami mengunakan tali untuk mendaki ke kawasan tersebut.
Didalam perjalanan kami saya dan rakan ada tercium bau yang sangat wangi seperti bau kemenyan dibakar, bau tersebut makin mendekati kami.
Tepat jam 5.30 petang kami pun sampai ke se buah Gua yang banyak terdapat burung layang layang dan burung kelawar keluar masuk ke kawasan gua tersebut.
Kami berehat sekejap untuk mendapatkan tenaga agar dapat masuk ke Gua tersebut dengan senang.
Mungkin anda bertanya mengapa dekat waktu gelap baru nak cari Sarang Burung? sebab pada waktu petang barulah kita dapat mengesan kawasan Gua yang terdapat Sarang Burung kerana pada waktu petang lah burung layang layang mula masuk ke Gua mereka.
Nasib kami amat malang pada masa itu kerana lampu suluh yang kami telah siap tertinggal didalam kereta, terpaksalah kami bermalam di kawasan tersebut untuk menunggu hari siang.
Di waktu kami mula tidur, baru kami teringat pada malam itu adalah malam Jumaat, kami pun tidur dengan 1 kumpulan tanpa cahaya.
Tepat jam 12.00 malam, bau wangi tadi seperti ada di tepi kami tidur, kami pun mula lah membaca ayat ayat Surah yang kami ketahui, tetapi bau tersebut tak juga hilang, untuk pengetahuan, di waktu saya menulis cerita ini, bulu roma saya berdiri mengimbas kembali kisah kami pergi mencari rezeki.
Sebenarnya kisah ini saya tak nak ceritakan kepada umum tetapi saya terbaca kisah lawatan pemimpin kita diKunak telah melawat kawasan tersebut untuk mencari yang dikatakan patung menangis, jadi terpaksalah saya nak maklumkan apa yang misteri di Gua Baturung.
Setelah kami tertidur pada malam itu, pada lebih kurang jam 6.30 pagi kami pun terbangun dari tidur, yang menghairankan kami, kami telah dipindahkan di tempat lain entah, siapa yang pindah kan kami.
Kawasan yang saya maksudkan seperti bekas Kampung dahulu kala, cuma bezanya apa pun yang terdapat di kawasan tersebut semuanya batu seperti di ukir orang dan seperti Kampung kena sumpahan di zaman dahulu kala.
Oleh kerana mata saya dah mula kabur kabur, terpaksalah saya sambung kisah seram ini di tulisan yang akan datang.
Di atas tulisan ini saya pamirkan serba sedikit gambar untuk kita buat renungan bersama, nantikan kisah selanjutnya kisah seram di siri ke 2, Was salam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
menarik cerita ini, nak tunggu selanjutnya...
Siri ke 2 akan di teruskan jika banyak yang berminat mengetahuinya,
ya...saya pun xsabar mau tahu cerita selanjutnya....best ni..:)
Catat Ulasan