Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 13 Jun 2010

Kisah Seram Di Gua Baturong, Siri 2.


Setelah kami sedar daripada tidur, kami pun terkejut melihat di sekeliling seperti kami ada di Planit Marikh, kerana cahaya di situ berwarna merah gelap, suasana seram, membuat kami semua ketakutan.

Di dinding Gua, kami mendapati ada obor terletak, kami pun membakar obor itu untuk mendapatkan cahaya, setelah obor menyala, kami terkejut melihat keadaan sekeliling seperti kubur bertempiaran, di batu nisan kubur itu ada tertulis entah bahasa apa, tetapi lebih kurang dalam angka 109 Masihi.

Mungkin anda tak percaya kalau saya katakan di dalam gua itu bau Nyah macam bau kemenyan di bakar, tetapi kadang ada juga macam bau bunga cempaka.

Tiba tiba kawan yang seorang berteriak, kami pun terkejut, rupa rupa nyah dia melihat di atas Gua itu banyak sarang burung Putih, hati rasa gembira bercampur ketakutan.

Perut kami terasa lapar pada masa itu, jam menunjukkan tepat jam 9.00 pagi, kami pun terus membuka bekalan yang masih ada lagi tersimpan dalam beg yang kami bawa, kami pun makan sambil melihat di sekiling kami, untuk mencari jalan keluar dari Gua itu.

Selepas kami makan, kami pun terus mengeluarkan tali yang kami bawa dari beg, dan terus menuju ke tempat Gua yang di penuhi sarang burung tadi.

Kawan yang seorang mula memanjat dari batu ke batu yang lain untuk membuat tangga, kami bernasib baik pada masa itu tempat sarang burung tak lah tinggi sangat kedudukan ya, daripada biasa yang kami selalu ambil.

Dua orang memanjat ke atas gua untuk memetik sarang burung, kerja memetik amat susah sikit kerana banyak sarang burung yang sudah rosak kerana terlalu lama tak ada orang memungut di kawasan itu.

Dalam satu jam kawan memungut kami dapati 1 karung tepung sudah hampir penuh oleh sarang burung, dalam 1 karung tak lah berat sangat, adalah dalam 12 kilo, kami dapat pungut sarang burung pada masa itu dalam 23 kilo.

Tetapi pada masa itu sarang Putih tak lah seberapa mahal harganya, dalam sekilo hanya rm 2 ribu, selepas kami selesai memungut separuh sarang burung tadi, kami pun berehat kerana terlalu letih, mungkin ada di antara anda tak pernah memanjat gua sarang burung, kalau lah anda cuba, mungkin anda tak nak cuba 2 X, kerana menakutkan.

Jam pada masa itu lebih kurang jam 1.00 petang, bekalan kami pun tinggal sikit, kami pun berjimat kerana jalan pulang belum lagi kami ketahui, mata kami pun terlelap seketika kerana terlalu penat memanjat..

Oleh kerana perlawanan bola dah hampir bermula maka siri ke 3 akan bersambung jika masih ada lagi yang berminat, saya ucapkan terima kasih kepada Kunak Press dan En Darkis kerana berminat cerita ini, Salam untuk siri ke 3, Was salam.

2 ulasan:

kunakpress.blogspot berkata...

Halo Pak, lagi dong ceritanya...
balum puas dengar si...

pasal itu bola, tengok lain kali disiaran ulangan lah...
bukan juga ada Malaysia ikut World Cup..

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Sabar dong, Sebenar nya dalam Gua Baturong itu terlalu banyak Harta Karun, saya tiap tiap hujung bulan p ambil, buat bayar CCM.