Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 4 Jun 2010

Gunakan Lah Penulisan Anda Sebagai pandangan Dan Teguran?


Salam hormat kepada semua Bloger Bloger dari kumpulan UBN atau pun dari Pakatan Rakyat.

Sebelum saya meneruskan kata kata saya dalam tulisan ini, terlebih dahulu saya memohon maaf, kepada yang terkena dengan kata kata saya, sebenarnya saya bukan nak mengajar itik berenang, tetapi saya nak mengajar Anjing menyalak bukit.

Didalam kontex dunia moden ini kita perlu mengunakan Blog untuk menyampai kan segala permasalahan yang belum di laksanakan oleh pihak Kerajaan atau pun pihak Pembangkang, cuma kita gunakan teguran secara membina, bukan mengaibkan orang dan menghina orang.

Kita sebenarnya di anugerah kan kebijaksanaan sebagai penulis oleh yang maha Pencipta kita, bukan di seru gunakan untuk menghancurkan keriar Politik atau kerjaya se seorang Pemimpin, cuma kita di seru buat peneguran.

Untuk pengetahuan, tidak ada seorang pembeloger yang menghancurkan kehidupan orang lain dengan mengunakan penulisannya berjaya sehingga sekarang, Allah tidak akan memberikan dia rezeki yang melimpah ruah kerana dia penulis menghancurkan kehidupan orang lain.

Saya sarankan agar semua pembloger yang bijak mengarang cerita, agar mengarang buku cerita agar dapat di terbitkan untuk tatapan umum, dengan cara ini mungkin satu hari nanti anda akan bergelar Karyawan dan menjadi kaya raya.

Walaupun saya baru dalam penulisan Blog, tetapi tulisan saya hanyalah sebagai teguran, dan apa pun yang tersirat didalam hati kita untuk di sampaikan umum telah terlaksana, terpulang kepada yang kita tegur, mereka mahu membuat pembetulan atau pun tidak, tetapi kerja kita kira dah selesai.

Didalam sebuah Hadis ada menyatakan, barang siapa yang melihat kesilapan orang tanpa menegurnya dengan cara membina maka dia pun bersubahat dengan orang yang bersalah itu tadi.

Kepada Pemimpin pula anda telah di amanah kan oleh Rakyat untuk menyampai kan segala permasalahan Rakyat kepada pemimpin atasan, maka sampikanlah dengan cara bermesyuarat agar di Akhirat nanti anda sebagai pemimpin dimasukkan ke dalam Syurga bersama orang orang yang beriman dan penuh tanggung jawab kepada Rakyat anda.

Untuk renungan bersama, Bumi yang kita gunakan ini hanyalah pinjam pinjaman, Akhirat jua yang kekal abadi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam SRK, saya setuju dengan pandangan anda, semuga anda dapat meneruskan tulisan anda dengan cara peneguran kepada Pemimpin yang terlupa, jangan aibkan mereka.

Rakyat Malaysia