Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 11 Mei 2010

Demokerasi Yang Telus Rakyat Harapkan?


Asalamu Alaikum dan Salam Sejahtera,

Di dalam tulisan saya ini, ingin saya luahkan ketidakpuasan saya sebagai Rakyat Malaysia di mana Undang Undang berat sebelah sering berlaku di Negara yang Berperlembagaan dan Negara Demokerasi.

Kita sebagai Rakyat melihat dan memerhati setiap masa apa kah perkara perkara yang betul dan yang tidak betul bagi Kerajaan yang memerintah Negara Malaysia yang di beri mandat oleh Pengundi Pengundi di Malaysia untuk menjalankan amanah sebagai mentadbir Negara dengan Adil tanpa berat sebelah dari segi Undang Undang tidak kira dari Parti mana pun dia ikuti.

Selagi saya bernyawa, ingin juga saya lihat dan rasakan Demokerasi di Negara Malaysia betul betul dapat di jalankan dengan penuh tangung jawab kepada yang mentadbir Negara Malaysia kini dahulu dan selamanya menjadi contoh Negara Malaysia di kaca mata Dunia.

Yang perlu pihak Pemerintah sekarang lakukan agar Demokerasi dapat Rakyat rasakan dengan Adil dan Telus ialah, Kehakiman, SPR, Kementerian Dalam Negeri, Penyiaran, Akbar dan SPRM harus di kecualikan dari Pihak Kerajaan yang memerintah, semua yang tersenarai ini harus di bawah Pentadbiran Yang Di Pertuan Agung.

Sebenar nya saya bukan nak mengajar itik bernang, tetapi apa yang tercatit di atas adalah sepatutnya di wajibkan agar tidak nampak berat sebelah walau pun dari Parti mana yang mentadbir Negara Malaysia.

Saya ambil contoh yang ketidakan puasan hati Rakyat, seperti di Perak, takkan hanya 5 orang Hakim yang menentukan sesebuah Kerajaan Negeri siapa yang menjadi Menteri Besar? kalau perkara ini boleh di lakukan, macam mana kalau PRU ke 13 hanya Hakim yang menentukan Ketua Menteri dan Menteri Besar, munkin kos pilihan Raya pun kurang.

Di dalam Parlimen pun perlu ada perubahan, dari segi Perbahasan Ahli Ahli Yang Berhormat, agar tidak ada caci mencaci, saya cadangkan, hanya yang ingin berucap sahaja di hidupkan maikrofonnya agar caci mencaci tidak kedengaran lagi.

Untuk mengahairi tulisan saya, saya memohon ampun dan maaf, jika ada di antara tulisan saya yang menyingung mana mana Individu dan pihak terlibat, kerana ini semua adalah pandangan semata mata. Walahualam.

Tiada ulasan: