Saya ucapkan tahnia kepada PM Datuk Seri Najib Tun Abd Razak Kerana mentadbir Negara Malaysia sempena 100 hari dengan berani mengeluarkan janji yang tak pernah dibuat oleh PM yang terdahulu. RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN. Dengan janji, maka saya sebagai Rakyat Malaysia, ingin melihat janji ini mesti dikotakan. Saya cadangkan sebagai Rakyat Sabah, Semoga PM dapat Membantu mengubah pendapatan Peneroka Borneo Samudra di Sabah menjadi kenyataan. Untuk pengetahuan PM masa sekarang setiap peneroka yang memiliki kebun 15 ekar di Bagahak Lahad Datu hanya menerima rm800.00 setahun dan yang saya tahu lagi Peneroka di Kg Iban Merotai Besar sangat daif dan di mana2 jua di seluruh Sabah.
Saya juga berharap, di semua JPJ di seluruh Sabah dapat memperbetulkan pengurusan pengambilan LESEN MEMANDU yang terlalu mahal sehinggah mencapai rm2,000.00 untuk mengambil Lesen Memandu. ia membebankan Rakyat.
Saya berharap PM menyeruh Kerajaan Negeri, memberikan setiap Penduduk Sabah, diberikan 5 ekar tanah setiap seorang yang berumur 18 tahun ke atas.
Setiap peruntukan yang tak berfaedah untuk Rakyat harus dibekukan.
Sekian saja tulisan saya kali ini.
Bersambung dilain siaran. T.Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan