Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 29 September 2010

Sembang-sembang Bersama Rakan Blogger Kunak Press dan Kunak Klasik.


Salam 1 Malaysia Dan Selamat Berhari Raya Untuk Semua.


Salam blogger KP (Kunak Press) dan KK (Kunak Klasik), cerita ini saya petik dari kedai kopi, sambil sambil minum sembang-sembang pertamanya dengan blogger Kunak Press, kata blogger Kunak Press, susah juga kita jadi penulis ni, setiap hari kena cari bahan untuk diposting dalam blog. Itu baru jadi blogger.
"Kalau jadi wartawan kau SRK (Suara Rakyat Kunak) nah disitulah baru kau rasa, kena cari bahan berita dan hantar ke editorial. Tugas banyak cabaran. Ko kena ada fakta, temubual orang itu, orang ini..", ujar blogger KP.

Lepas itu Saudara Kunak Press beredar, datang pulak saudara Kunak Klasik, yang saya terkejut dia datang bawa komputer 2 sekali, saya tanya mau buat apa?, dia jawab : "Mau tengok yang mana lebih laju power nya".


Saudara Kunak Klasik ni salah seorang tersenarai bakal calon BN dalam PRU ke 13, jadi tak lain dan tak bukan mestilah cerita pasal Politik, cartanya sekarang dalam Blog SRK rangking untuk pemilihan calon BN dalam PRU ke 13, bersaing sengit dengan Saudara Ayuki Ugi.


Tetapi Saudara Kunak Klasik mempunyi kelebihan kerana mempunyai blog sendiri iaitu dinamakan 'Kunak Klasik', dia pun baru dalam bidang penulisan blog, tetapi rajin bertanya, dan lagi seorang Guru kanan di SMK Kunak, maka dia cepat mahir dalam bidang penulisan blog. Yalah, kalau nak jadi pemimpin zaman moden dan serba canggih ni, kenalah pandai dalam IT terutama dunia blogging. Di sinilah kita dapat 'mendekatkan' perhatian bersama masyarakat di luar sana, bukan sekadar bertemu bersemuka tetapi kita boleh berinteraksi secara terus menerusi blog yang kita bina dan miliki.


Ceritanya Kunak Klasik pun sama dengan Kunak Press, pembaca kadang-kadang tak hargai dengan penulis blog, sudahlah malas komen, mungkin dia kata jadi penulis ni tak ada resiko.
, silap-silap boleh masuk ISA, atau buang negara, macam RPK. Hah!, itu cerita hal RPK. Kalau dilihat banyak lagi blog di negeri jiran Semenanjung yang dimiliki oleh pemiliknya yang lebih sensasi dan panas. Guna perkataan-perkataan melampau pulak tu. Adalah perkataan tidak senonoh seperti bodoh, ba..., dan banyak lagi lah. Yang penting dalam kita aktif menulis dalam blog masih ada keterbatasan dalam penyampaian. Betul kah? 


Jadi saya pun menceritakan serba sikit pasal jadi penulis Blog dengan Saudara Kunak Klasik, sejak akhir akhir ini apa yang di ceritakan oleh Kunak Press dan Kunak Klasik sama juga yang saya alami, kerana jika kita dah jadi penulis Blog, masa kita yang banyak bersama Komputer, saya rasa semua Blogger di mana sahaja pun anda berada, sama juga apa yang kami Blogger alami.


Didalam pengalaman ini, saya menyeru kepada pembaca agar sila tinggalkan komen anda walau pun sepatah kata, agar empunya Blog terasa dihargai, salam untuk semua pembaca Blog. Komenlah juga di SRK dan Kunak Klasik.

Blogger United,
No Fear.

Tiada ulasan: