Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 20 September 2010

Penulis Blog Perlu Dihargai?


Salam 1 Malaysia Dan Selamat Berhari Raya Untuk Semua.

Surat terbuka ini saya tujukan kepada Menteri yang bertanggungjawab dibawah Kementerian Penerangan dan Komunikasi dan Multimedia.

Salam Datuk Seri,
Di dalam kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada Kementerian Penerangan dan Komunikasi, yang berbahagia Datuk Seri Rais Yatim.

Saya Blogger Suara Rakyat Kunak ingin memberi cadangan kepada Kementerian berkaitan, agar memberikan 'penghormatan' kepada Blogger-blogger di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahauan, diakui bahawa penulisan Blog lebih terbuka dialam maya (siber) berbanding penulisan di akhbar yang memerlukan penyuntingan lanjut, kerana Blog dapat dibaca oleh pembaca di seluruh Dunia, manakala akhbar hanya terhad pembacanya hanya di Malaysia.

Mengapakah anugerah Kewartawanan hanya diberikan kepada anggota media cetak dan elektronik sahaja sedangkan ada juga penulis-penulis Blog bertungkus lumus untuk mengisi berita di dalam Blog masing masing.

Jikalah 'Kementerian' Datuk, prihatin dan mengambil berat kepada penulis Blog, maka semua penulis Blog berusaha memberikan berita-berita yang menarik untuk dibaca kepada umum dan menggalakkan 'integrasi nasional' kerana hubungan internet yang sangat meluas seluruh negara.

'Wang ringgit bukanlah besar sangat' kepada Blogger, tetapi penghormatan daripada kerajaan agar penulis Bloger pun perlu disanjung kerana memberikan berita-berita yang mungkin tidak ada disiarkan dalam akhbar atau media cetak/ konvensional.

Jika ada pihak tertentu seperti kementerian yang berkaitan mengambil berat kepada penulis Blog di Malaysia, maka kurniakanlah anugerah atau insentif khas tertentu bagi menggalakkan mereka lebih jitu dan profesional dalam menyampaikan maklumat yang tepat, sahih lagi diminati., agar mereka ( Blogger ) tahu bahawa penulisan mereka pun dihargai oleh Kerajaan Malaysia.

Sebelum saya berundur , saya memohon maaf kepada Kementerian Penerangan dan Komunikasi dan multimedia dibawah kepimpinan YB Dato Seri utama Rais Yatim, kerana tulisan ini hanyalah pendapat sayasemata-mata sebagai blogger dan bukan wartawan, Wassalam.

Tiada ulasan: