Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 14 September 2010

Mengapa Semua Penjara Di Malaysia Penuh Sesak Dengan Tahanan Reman?


Salam 1 Malaysia Dan Selamat Berhari Raya Untuk Semua.

Persoalan nya di sini, mengapa semua penjara di Malaysia penuh sesak?

Kerana sistem Perundangan Malaysia perlu di perbaharui, kebanyakan tahanan terlalu lama menanti pembiacaraan, di mana kesilapan nya? maka itu saya katakan pihak yang bertanggung jawab soal Kehakiman harus memikirkan seseuatu agar perkara ini tidak berlanjutan.

Saya bukanlah mengajar Itik bernang, tetapi di dalam zaman morden ini pihak yang bertanggung jawab soal sistem Kehakiman perlulah ada pembaharuan agar semua Penjara di Malaysia tidak penuh sesak oleh tahanan yang terlalu lama menanti pembicaraan.

Di waktu saya mengikuti beberapa siri pembicaraan, saya lihat kebanyakan Kes yang di bawa untuk di bicarakan boleh di katakan Kes remeh temeh, sebenar nya Kes seperti ini tak perlu di bawa ke Mahkamah agar kesesakan Penjara tidak akan terjadi.

Kebanyakan Kes remeh temeh untuk mengelakan Kes tertangguh, perlulah di selesaikan di luar Mahkamah, seperti di Bahagian Jenayah, kecualilah Kes berat harus di bicarakan di Mahkamah.

Sebagai seorang Individu, kami melihat apa yang terjadi di luar Mahkamah dan di dalam Mahkamah, bertapa derita nya keluarga jika seseuatu Kes terlalu lama untuk di bicarakan, kalaulah Kes melibatkan Pembunuhan, Kes Dadah, dan Kes Rogol, tak kisahlah jika Penjara di penuhi dengan  Kes Kes jenayah berat, tetapi Kes berat pun perlu di bicarakan dengan cepat, ini ada yang sampai 2 tahun belum lagi di bicarakan,  tetapi ini Penjara hanya di penuhi dengan tahanan reman penjara, lagi pun, kebanyakan Kes remeh temeh, seharus nya perlulah di selesaikan di luar Mahkamah.

Ingin saya mengulangi sekali lagi, agar Penjara tidak di penuhi tahan reman, maka perkara ini perlulah di ambil perhatian, agar semua Penjara di Malaysia tidak terlalu sesak, kerana semua Undang Undang di Malaysia di cipta oleh yang bergelar Manusia, kecualilah Undang Undang Tuhan kita tak dapat merubah nya.

Sebelum saya berundur, saya memohon maaf kalaulah tulisan saya ada di antara nya yang menyakitkan hati Individu, atau pun pihak Kerajaan Malaysia, kerana semua ini adalah cadangan semata mata.




Tiada ulasan: