Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 14 September 2010

Ke mana arah hala tuju penagih yang dikenakan Seksyen ( 15 ) Denda RM1,500, Apakah mereka bertaubat?

Salam 1 Malaysia Dan Selamat Berhari Raya Untuk Semua.

Persoalannya di sini, apakah penagih terus bertaubat @ berhenti menagih selepas dijatuhkan hukuman di bawah seksyen ,15 oleh Mahkamah, setelah Hakim menjatuhkan hukuman denda Rm1,500.00 atau 4 bulan penjara, adakah para penagih terus insaf dengan denda sedemikian?

Di dalam perkara ini tidaklah membawa kesan kepada para penagih, yang untung hanyalah bagi pihak Kerajaan, tetapi di dalam hal ini pihak Kerajaan mungkin maklum bahawa Dadah tidak dikenakan cukai sememangnya kerana ia adalah bahan yang terlarang, kasannya amat menakutkan untuk generasi kita akan datang jika pihak Kerajaan hanya memikirkan keuntungan dari denda para penagih yang akhirnya memberi beberapa implikasi sosial kepada mereka.

Setiap perbicaraan di Mahkamah yang saya sedang ikuti, para pesalah kebanyakannya dari pesalah penagih yang memerlukan bimbingan kaunseling dan panduan jitu ke arah membentuk peribadi mulia selepas terperangkap dengan najis dadah atau terlibat secara tidak langsung yang akhirnya mereka tadi ditangkap untuk proses perbicaraan di Mahkamah.

Saya cadangkan di sini agar pihak Kerajaan menyediakan penjara Khas untuk para penagih, denda tidak sesuai dikenakan, cuma hukuman penjara perlu dipanjangkan agar para penagih mendapat keinsafan dan seterusnya dapat menghilangkan racun jenis dadah di dalam tubuh penagih.

Setelah mereka keluar dari penjara Khas, masih lagi didapati menagih, maka pusat pemulihanlah tempat mereka seterusnya.

Sebelum saya menghentikan tulisan saya, terlebih dahulu saya memohon maaf kepada pihak kerajaan Malaysia, jika tulisan saya menyinggung mana-mana pihak dan individu, kerana cadangan saya berupa pandangan semata-mata, sekian dan terima kasih.





Tiada ulasan: